Angkatan Pemuda-Pemudi BERJASA (ANGKASA) merupakan sayap bagi golongan pemuda dan pemudi yang bernaung di bawah parti induk, BERJASA.
ANGKASA merupakan penjenamaan baharu Pemuda BERJASA bagi membawa aspirasi anak muda dalam parti selain merangkumkan kedua-dua golongan belia lelaki (pemuda) dan perempuan (pemudi).
Istilah ANGKASA adalah kesinambungan simbolik kepada lambang bintang yang menjadi logo rasmi parti BERJASA. Ia juga membawa simbolik ketinggian dan keluasan aspirasi kami dalam lanskap politik negara.